Integrity Plan Department of Statistics Malaysia 2016 - 2020

Share this page:

442 Views

Penetapan hala tuju strategik amat penting untuk memandu DOSM terus utuh berperanan dalam transformasi negara dan persekitaran global yang semakin kompetitif. Hala tuju ini menggariskan agenda transformasi untuk membolehkan DOSM menjadi organisasi yang dinamik; mempunyai sumber modal insan yang kompeten dan mampan; menghasilkan produk dan perkhidmatan yang memenuhi ekspektasi pengguna; berkeupayaan sebagai focal point untuk statistik rasmi; mengukuhkan kerjasama strategik di peringkat nasional dan global; dan seterusnya mencapai visi untuk menjadi organisasi statistik terbilang.

Teras strategik ini dibangunkan berdasarkan lima dimensi utama iaitu dasar pembangunan dan transformasi negara, perkembangan statistik global, perkembangan ICT, pemerkasaan modal insan dan peningkatan ekspektasi pengguna.

Pemerkasaan modal insan diberikan fokus utama untuk membolehkan DOSM melaksanakan Pelan Integriti DOSM. Keutamaan diberikan kepada aspek pengukuhan learning organisation, program pembangunan modal insan yang tersusun dan ke arah pewujudan Subject Matter Expert (SME) dalam bidang utama.

Pelan Integriti Jabatan Perangkaan Malaysia 2016 - 2020
  View as PDF

133 downloads

TOP