Program Corporate Sosial Responsibility (CSR) menambah baik keceriaan ruang legar Asrama Putera, Sekolah Menengah Sains Johor.
YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia bersama Pengarah DOSM Johor, Puan Mazreha binti Ya'akub berserta pegawai dari DOSM, Guru dan Murid sekolah turut sama-sama melakukan aktiviti tanaman pokok Heliconia (Sepit Ketam), pokok Puding dan mengecat kawasan lanskap di ruang tersebut. YBhg. Dato' Sri Dr. Ketua Perangkawan menanam pokok Doa sebagai tanda simbolik Persediaan Banci Pertanian 2024.