Kunjungan
Hormat United Nations Children Fund (UNICEF) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Andrea Rossi, Chief of Data Collection and Global MICS Coodinator dan delegasi kepada YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia.
Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan berkenaan kajian kemiskinan kanak-kanak dan pembangunan Indeks Risiko Kanak-Kanak terhadap Bencana dan Perubahan Iklim.
Semoga kerjasama dan hubungan strategik ini dapat memperkukuhkan Sistem Statistik Negara dalam pembangunan data Negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.